Hari ni, tak tahu la kenapa aku tiba-2 je terfikir nak tengok citer hantu. Maybe lepas tengok artis-2 kpop yang aku minat bercerita tentang citer hantu dalam Star King hari Isnin lepas.
Dalam rancangan tu, mereka ada sebut tentang citer Whispering Corridors. Dalam bahasa Korea tajuk dia yeogo goedam yang bermaksud High School Girls. Citer ni ada banyak siri. Nak tahu? Tengok kat bawah erk.
- Whispering Corridors | Yeogo goedam I (1998)
- Whispering Corridors 2:Memento Mori | Yeogo goedam II (1999)
- Whispering Corridors 3: Wishing Stairs | Yeogo goedam III : Yeowoo gyedan (2003)
- Whispering Corridors 4: Ghost Voice | Yeogo goedam IIII : Moksori (2005)
- Whispering Corridors 5: A Blood Pledge | Yeogo goedam IV : Dongban Jasal (2009)
Okei, citer nye camnih. Masa makan pagi tadi, tiba-2 aku terbukak hati nak bukak youtube pasal citer hantu. So, aku tengok-2 citer mana yang aku rasa best, aku bukak. Tapi semuanya aku takut. Seram giler la citer hantu Asian punye. Kak ngoh aku yang nampak aku survey citer hantu bagi cadangan kat aku tengok citer Ju On. Haaa..Dah lama dah aku tak tengok citer tu. Kenal citer tu? Tak kenal? Meh nak kenalkan.
Ju On ni citer hantu Jepun. Faham-2 la yang citer hantu Jepun semua nye seram.
Menurut nota pengenalan, "Ju-On" adalah laknat yang ditinggalkan oleh seseorang yang meninggal dunia dalam kemarahan yang kuat. Ia menghantui sejenis virus ghaib (roh rasa-2 nye) yang menjangkiti sesiapa sahaja yang berkaitan dengannya. Ju On ni pun ada banyak siri. Rasa-2 nye dalam 5 siri jugak.Citer ni memang popular laa. Ramai kengkawan aku tengok citer ni. Nah, siri-2 Ju On.
1. Ju-on
2. Ju-on 2
3. Ju-on: The Grudge
4. Ju-on: The Grudge 2
5. Ju-on: White Ghost / Black Ghost
Erm...Tu je la yang aku tahu. Bukan banyak sangat pun. Tapi sekurang-kurangya dapat la jugak aku kongsi. Kalau berminat, nih ada lagi citer horror yang aku belum sempat nak tengok.
1. The Red Shoes
2. A Tales Of Two Sisters
3. Ring
4. The Phone
5. Cello
6.Muoi : The Legend Of A Potrait
Tu je la setakat ni erh. Banyak lagi citer hantu yang aku nak kongsi tapi aku pun dah takut ni. Dah laa. Tak nak takut-2. Kite nak hepi jerr. Kan??
P/S -------> Kelantan kalah. wuwuwu... Sedih nye aku T.T